Nasib baik kunci pintu kereta yang telah rosak menghalang pencuri tersebut untuk terus membuka pintu kereta. Walaubagaimanapun, kes sebegini telah dilaporkan lagi oleh pakcik yang tinggal di rumah sebelah jalan iaitu Jalan Prima 1/4. Van yang terletak di depan rumah telah dipecah masuk dan dicuri barangan bekerja. Ini tidak termasuk sebuah kereta yang terletak di dalam kawasan rumah yang juga dibuka pintu kereta. Barangan yang hilang tidak dapat dikenal-pasti.
Kes-kes memecah masuk ke dalam kereta ini telah berlaku dengan sewenang-wenangnya dan langkah berwaswas patut diambil oleh penduduk-penduduk berdekatan kawasan tersebut.
Polis juga perlu menambahkan bilangan beronda di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi untuk membasmi kes pecah masuk rumah ataupun kereta.